Wednesday, August 19, 2009

Puasa Yang-Yok, Bangun Pagi Perut Kreuk-Kreuk


Alhamdulillah, esok dah nak puasa kan kawan-kawan? Rasa macam baru sahaja melaksanakan bulan puasa tahun lepas dengan keluarga. Yelah, dah 3 tahun puasa di UK, tapi yg special tahun lepas dan tahun ini dapat puasa di samping keluarga. :) And yang pasti, Syawal tahun ni pun dapat bersama dengan keluarga.

Malam ni tak dapat nak join nenek dan my aunties solat tarawikh sebab kene ban dari pergi masjid. Batuk masih berjela-jela - dah tak dapek den nak nolong. Tekak ni manja betul la walaupun dah bagi minum air asam jawa, madu lebah asli, ubat batuk, dari chesty cough sampai yang untuk berkahak pun dah makan, strepsils nak legakan tekak dan air teh dibancuh dengan air buah tin pun dah rasa. Nenek kata baik untuk sembuhkan batuk. Sampaikan nenek kata haritu 9 bulan duduk negara orang yang bersalji, sejuk macam peti ais tak ada sekali pun sakit. Balik Malaysia pula sakit. Nak buat macamana kan nek, balik je, semua orang manjakan cucu nenek yg sorang ni :p


Jom sambung tengok gambar pergi Bali haritu? This time around, nak tatap gambar 1st day in Bali.

Bali: 1st Day
Places been to:
Pembikinan batik asli di Bali.
Buffet berlatarbelakangkan Gunung Batur, Bali.
Sawah dan petani di Tegalalang Rice Terrace (daerah Kintamani).
Monkey Forest, Padangtegal, Ubud.
Pura Batuan (Batuan Temple), Ubud
Visit Painting Museum and Ubud Market.



Pembikinan batik asli di Ubud
Kami dengan salah seorang pekerja buat Batik.


Batik Asli Bali - Beza nya dengan batik yang lain pastinya corak dan motif kan? :)


Cantik batik/model itu :p



Buffet berlatarbelakangkan Gunung Batur, Bali.
Dengan adik paling manja - Ammar Iqmal :)


Itu satay

Yang pastinya nak cari makanan halal di Bali tak susah walaupun 80% orang Bali beragama Hindu. Yang penting kita tanya kan? We did ask our driver for any suitable halal food and kebanyakan makanan memang halal. Tapi yang confirm, masakan minang gerenti halal :)


Mak dan anak sibuk tengok makanan :)


Pemandangan Gunung Batur yang separa active.


We love it, how about you? :)


Kenyang dengan masakan Bali :)


Chee-eeeseee...



:)


Sawah dan petani di Tegalalang Rice Terrace (daerah Kintamani).
With Adi in front of the rice terrace in Tegalalang - in Northern part of Ubud.



Fridge Magnet of Balong Faces sangat cantik! (dan ngeri) :)



Monkey Forest, Padangtegal, Ubud.



Kepercayaan orang tempatan Bali yang monyet adalah penjaga hutan.



Jom jalan lagi? Kereta sewa sekali dengan driver satu hari 200,000rupiah = lebih kurang RM100 sehari. Mana nak dapek kat KL? :) --Cerita lebih lanjut tentang hotel and transport, tunggu next entry tau?---



Pura Batuan (Batuan Temple), Ubud
Kalau visit Masjid Negara, orang non muslim kene pakai tudung litup, samalah di temple orang Hindu, dia kasi kita pakai kain baby blue diorang ni :)



Yang cewek pakei kain merah :)



Ammar berbaju hitam posing cute (cutenesss!) :)


3 jejaka, eyh lagi sorang mana? - bantai tidur dalam keta sebab kepenatan! :)


Tempat sembahyang orang Hindu Bali.
Mereka sembahyang 3 kali sehari dan ada pakaian tersendiri.
Yang lelaki - berkain batik, berbaju plain putih/creme dan pakai kain dibalut dikepala.
Yang wanita - Berbaju kebaya lace plain, berkain batik dan lilit kain dikepala.



Dengan wanita Bali :)


Salah satu upacara - ngaben massal.

Orang Hindu Bali dipercayai menggunakan duit yang banyak untuk upacara pengebumian - lebih banyak dari perkahwinan. Thus, kalau yang mana keluarga tak mampu, upacara pembakaran abu beramai-ramai akan dilakukan - Ngaben Massal.


Patung bayi - ada history nya juga.


Kalau jalan-jalan di Bali ni, 2/3 hari memang tak cukup! Kalau yang gemar sukan air, mesti akan lepak di beach and join beach surfing/ banana boating/scuba diving (tak payah ada lesen!) or parasailing. Tapi, since kami pergi satu family, mesti nak kenal adat resam orang-orang Bali terutamanya kerana berlainan asal-usul dan adat-resam.

Jadi, recommended kepada semua yang nak ke Bali, 3 hari trip ke tempat-tempat bersejarah and menarik di Bali, and 2 hari lagi untuk bermain sukan air. Kami sefamily pun pergi 4hari - hanya 3 hari untuk berjalan. Tapi still sempat melawat most of the historical/interesting places in Bali dan belajar beach surfing di Pantai Kutta - heaven for beach surfers. :)

Ni baru 1st day. Nanti bila rajin, akan update lagi untuk 2nd and 3rd day di Bali. :)


On The Next Entry:



Love.

6 comments:

Ami said...

best2,nanti sambung part 2,3 so on sampai habis cerita k!I've never been to Bali,tgk gambar org ke sana mesti amik gambar sawah padi bertingkat kat bukit tue yer,cantik sgt.Selamat Berpuasa aida,bestnya dpt puasa (and raya :p)dgn family

Aida Narina said...

hhee, thanks ami. a'ah la i pun slalu tgk orang bergambar kat sawah padi bertingkat. actually bersawah padi adalah salah satu kerajinan untuk orang Hindu Bali. Diorang ni macam2 kerajinan - painting, logam, emas, batik etc. Pulau kecil, tapi macam2 ada :).

DaZzlingLilLy said...

ygk pic2 u terasa cam teringin plak nak gi sana

Mrs Imran said...

i think i pergi la jugak kt highland tu yg gambar u makan tu.sejuk kan kt situ berlatar belakangkan gunung kintamani eh? ker batur..

neway about halal food. ha dis one tricky actually. kalau kiter tanya diaorg mmg akan cakap HALAL. sbb for them halal means tk serve pork!

so my husband masa sembahyang dekat masjid tanya la org dekat dalam masjid tu, diaorg kata susah nk cari yg betul2 halal dari segi sembelihan. unlessk kalau kedai tu ada tulisan jawi halal tu..huh

so disebabkan i dgn husband ragu2. we ended up tk makan ayam or daging lansung.

blogresipi said...

alahai bestnya.teringat lagi masa kite pegi honeymoon kat bali tahun lepas.

dapat treat kat spa. sangatlah best.

selamat berpuasa dari blogresipi.:)

Aida Narina said...

DazzlingLilly: The scenery was nice.:) And cost untuk flight and hotel not bad at all.So sesuai untuk jln2 berdua :)

Mrs Imran: Hhehee, yeke. Tuhla kami pun baham je apa yang dia kata halal. My driver is a muslim, and dia sarankan makan kat kedai minang sahaja. So mmg everytime mkn mskan minang or else makan roti and spread/megi yg kami bawa. Jln2 dgn family pun challenging :p

Blogresipi: Hello blog resipi :)Ahhh, bestnya saya tak sempat pun ber'spa'. Tapi sebab merasa urutan kaki di malam hari. Seronok kan dapat jalan2 :).