Wednesday, November 05, 2008

Senarai Kesyukuran, List of what i'm greatful for


I've been following this blog regularly, and interested in doing the tagging game. Hanis, i am one of the orang ramai =)


Senarai Kesyukuran Aida Narina


1. Saya bersyukur semester ini saya tiada kelas hari selasa dan rabu.

2. Saya bersyukur saya dilahirkan cukup sifat (tiada cacat cela).

3. Saya bersyukur saya dapat belajar di luar negara walaupun hakikatnya keluarga saya tidak mampu.

4. Saya bersyukur saya boleh beli baju serta handbag dan masih mampu makan ala kadar sehingga hujung bulan.

5. Saya bersyukur mak tidak sekali kirim duit setelah 3 1/2 tahun di UK (United Kingdom).

6. Saya bersyukur kerana MARA telah men 'sponsor' pembelajaran saya selama 4 tahun berjumlah RM 500,000.00 yang kalau saya kira-kira boleh buat beli 238 LV speedy 30 yang boleh disedekahkan kepada pelajar-pelajar yang teringin atau berkeinginan.

7. Saya bersyukur tahun ini bilik dan almari saya besar, boleh muat baju yang membiak-biak.


8. Saya bersyukur tinggal serumah dengan kawan2 yang sekepala.

9. Saya bersyukur saya tidak lelah di waktu sejuk (winter) dan boleh pegang salji tanpa takut2.

10. Saya bersyukur mami dan dedi bagi saya nama aida narina (keberuntungan) kerana banyak untungnya!

11. Saya bersyukur boyfriend saya comel dan xjemu dipandang. HAH!

12. Saya bersyukur dapat berblogging dikala lapang jika tidak saya tidur kerana tidur adalah hobi saya.

13. Saya bersyukur at least saya minum 3L air putih/kosong/jernih/mineral.

14. Saya bersyukur saya petite dikadar ketinggian 157cm dan tulang saya kuat kerana ianya pendek (fizik tingkatan 5).

15. Saya bersyukur ada adik lelaki yang gantang dan adik perempuan yang babe.




16. Saya bersyukur saya tak babe, tapi sedap dipandang.


17. Saya bersyukur hari ini jumaat, nanti weekend ade trip ke nottingham naik mpv.

18. Saya bersyukur kenyang makan salmon grill sendiri dengan timon dan daun salad cecah mayo dan cili sos.

19. Saya bersyukur saya tidak malas ponteng kelas semester ini.

20. Saya bersyukur ada tv dibilik sndiri boleh tengok how to look good naked di host oleh Gok Wan yang lembut gemalai.

21. Saya bersyukur berat badan saya telah turun 3 kg wpon dimata org masih tiada perubahan.

22. Saya bersyukur singstar masih lagi jadi pujaan hati saya.

23. Saya bersyukur cheryl Tweedy (aka cheryl cole) melengkapkan kumpulan girls aloud.

24. Saya bersyukur saya perempuan (memang!) dan boleh menempek bedak dan sembur pewangi selalu tanpa rasa sangsi dan tidak menyalahi lumrah alam.

25. Saya bersyukur kaki saya size 5 seperti kebanyakan org, bermakna saya normal dan tidak mendapat gelaran 'big foot'.

26. Saya bersyukur masih melayan sweet valley twins dan seangkatan.

27. Saya bersyukur rambut pendek paras dagu dan tidak perlu buat ponytail.

28. Saya bersyukur kenal kawan nama siti rafiqah kerana dia peramah dan kiut.

29. Saya bersyukur mami seorang cikgu yang cool dan disukai anak murid.

30. Saya bersyukur tak lama lagi mami boleh naik gaji, dan adik-adik naik kepala.

31. Saya bersyukur masih boleh tahan warna 'HOT PINK'.

32. Saya bersyukur saya berdarah cina, portugis, minang dan melayu.

33. Saya bersyukur pernah kerja cleaner bersama2 kawan semasa cuti summer membasuh biliktidur dan bilik mandi pelajar yang telah digunakan tanpa rasa jemu kerana gaji lumayan wooo (900pound sebulan).

34. Saya bersyukur minggu depan slama sminggu saya kerja part-time satu hari 2 jam sebagai room surveyor untuk universiti.

35. Saya bersyukur dari dulu adik lelaki gantang saya sekolah sama2 dari tadika sampai form 5, dan sekarang tidak sama uni. Saya swear die kaki repot.

36. Saya bersyukur saya kuat tido tapi masih tidak lupa sembahyang!

37. Saya bersyukur mami akan bersara 8 tahun lagi apabila saya berumur 31? Ish-ish.

38. Saya bersyukur saya rapat dan tidur sama2 cousin dan adik perempuan yang belasan tahun.

39. Saya bersyukur dihujung-hujung panggilan telefon mami selalu cakap 'i love u'.

40. Saya bersyukur nenek saya sudah 70 tahun tetapi masih boleh driving.

41. Saya bersyukur saya sensitif dan selalu fikir perasaan orang lain yang sensitif.

42. Saya bersyukur krispy kreme boleh dibeli secara dozen dan kalau bernasib baik, percuma satu lagi dozen original.

43. Saya bersyukur ada nya ebay yang memberi peluang saya cuci mata.

44. Saya bersyukur sejak 2 tahun, power (kuasa) mata saya tidak naik walaupun selalu layan ebay kat computer.

45. Saya bersyukur anjing rumah jiran sebelah-sebelah tidak menyalak sejak-duamenjak.

46. Saya bersyukur kewujudan TK Max yg bermoto, 'Big labels, small prices' dan jual coach murah2.

47. Saya bersyukur tidak lama lagi ade movie shopaholic yg diadaptasi dari buku sophie kinsella.

48. Saya bersyukur gigi saya rata dan tidak berlapis-lapis.

49. Saya bersyukur dikalangan keluarga, sudah tidak ramai memanggil saya girl. (tinggal nenek dan beberapa org makcik je)

50. Saya bersyukur saya tidak suka mengetap jari, dan jari masih stret dan senang bakal suami menyarung cincin diamond. =)

51. Saya bersyukur tak lama lagi boxing day dan boleh shopping sakan.

52. Saya bersyukur dapat berjinak-jinak di alam blogging dan mengenali ramai kawan-kawan baru.

53. Saya bersyukur kawan-kawan blogging dapat menerima hasil tulisan saya kerana saya tidak berapa bagus dalam tulisan, tetapi banyak idea dalam otak.

53. Saya bersyukur ribena tetap sedap diminum seperti dulu.

54. Saya bersyukur katy perry telah pakai 11 persalinan semasa MTV Europe music awards di Liverpool 6/11 yang lalu.

55. Saya bersyukur atas segala-segalanya yang saya ada, pakai, jumpa, makan, minum, rasa, lihat, pegang, dan yang paling penting disayangi. Enough. Period. =)


Cara-caranya:
1. Tajuk, Senarai Kesyukuran {insert nama anda, nama gantang atau tidak}
2. Tuliskan semua benda tentang hidup anda, baik atau buruk.
3. Letakkan Saya bersyukur di hadapan setiap ayat tadi untuk mengubah semua ayat baik atau buruk kepada ayat baik dan positif.
4. Boleh dibuat dalam semua bahasa.
5. Saya bersyukur boleh ditukar kepada Saya gembira atau Saya bernasib baik. Tapi kalau begitu lebih baik tajuknya Senarai Kegembiraan atau Senarai Kenasib Baikkan. So jangan susahkan diri.

Saya tag:
SESIAPA SAHAJA yang membaca blog ini. (that includes u siti rafiqah darling!) =)

7 comments:

sweetgaldreamz said...

nape name pika u mention aida..?? huhuhu....awk bersyukur siti rafiqah kwn awk kn.??? hhhehehee... i link ur blog to mine ok??

Aida Narina said...

hehee..tuhlaaa, dah taktau nak letak nama siapa sweetgaldreamz. saya kebuntuan idea sbb 55 bende saya kene syukurkan. Tp, saya syukur jugak dpt berkawan2 dengan awak =)

[nurulooney] said...

hey kesyukuran no 1: i'm JEALOUS.

(tiap hari ade klas so penat!)

* ayu * said...

nak ngelat leh tak?
hiks!!!

apa pun, alhamdulillah...syukur.. :)

Aida Narina said...

nuruloneey: alaaa yeke?Penat kn kelas tiap2 hr? Tp kalau kelas ade everyday, akan slalu buka buku =)

ayu: saya syukur juga kwn2 dengan ayu =)

Mama Azlina said...

Alhamdulillah...ada umat yang masih bersyukur dengan apa yg diberi/diperoleh oleh Allah s.w.t....

Hope U have a great time belajar kat sana yea...!!

Aida Narina said...

mama azlina: thnks kakk..eventho saya rindu malaysia dan orang2 di sana ~_~